pon pon!!!


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, 4 February 2012

salam maulidur rasul

Skrang pukui 2:24 pagi . Aku berjaga pada tengah malam pada tarikh 5/2/2012 bersamaan 12 rabiulawal 1433. Hari ini merupakan hari kelahiran junjungan besar kita iaitu NABI MUHAMMAD S.A.W. Macam yg kita tgk di tv, sumenye sebuk meraikan hari tersebut. Aku merasa gembira sangat kerana umat2 islam sentiasa mengingati baginda . Mengingati kembali sifat2 baginda yg menjadi pendoman dalam hidup kita sume. Walaupun kita skrang nie tidak pernah sekali pon menemui baginda, tetapi kita dapat mengenali baginda melalui hadis2 yg telah diriwayatkan.

Dari Aisyah r.a : “Bersabda Rasulullah s.a.w kepadaku pada suatu hari: “Wahai Aisyah! Adakah di sisi kamu sesuatu pun (untuk dimakan )?” Aisyah berkata: “Wahai Rasulullah! Tidak ada sesuatu pun (untuk dimakan)” Baginda bersabda “(Jika begitu) maka aku berpuasa”.




Antara individu yang paling banyak melakukan pengorbanan ialah Rasulullah SAW. Baginda bukan sahaja melakukannya untuk anggota keluarga, tetapi juga untuk seluruh umatnya. Bayangkanlah… Baginda sanggup dihina, dicerca dan dicederakan semata-mata mahu melihat sekalian umatnya beriman kepada Allah sekali gus menjadi penghuni kepada syurga-Nya. Lihatlah… Bukankah itu pengorbanan yang cukup besar? Dan pernahkah Rasulullah meminta minta balasan atas setiap pengorbanannya?
Baginda pernah bersabda yang bermaksud: “Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling baik (pergaulannya) dengan ahli keluarga dan aku adalah yang terbaik dari kalangan kamu dalam pergaulan dengan ahli keluargaku.” (Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).
 
Kawan-kawan ku , igtlah bahawa kita hidup di dunia hanya sementara. Setiap perilaku kita sentiasa diperhatikan dan dicatat. Nabi Muhammad adalah contoh yg paling baik utk kita jadikan pedoman dalam hidup kita. Di sini aku igin menyarankan selawat lah 11 kali dan mengucap dua kalimah syahadah sebelum tidur. Bersyukur dengan yang kita ada selama ini. Gunalah nikmat tersebut sebaik mungkin . Jika kita menangisi tentang pemergian NABI MUHAMMAD S.A.W, kita akan dibawa ke syurga. Baginda Nabi kita. Umi penh cakp " Nabi Muhammad sentiasa mengingati kita, sedangkan kita ?'' Kata-kata itu membuatkan aku sedar utk lebih mengenai Nabi Muhammad. Korang igt x lagi ada sorang ustaz nie datang ke skolah kita, ceramah pasai MAULIDUR RASUL ? pastu dia bagi kita buku warna HIJAU MUDA kt kita sorang satu ? korang baca habis x ? Dalam tu lah tertulisnya segala peribadi Rasulullah . 
 Bertuah kita dapat dilahirkan dalam umat Nabi Muhammad. Bersyukurlah , wahai umat islam ! 
SALAM MAULIDUR RASUL =) I LOVE RASULULLAH   <3<3
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
اللَّهُـمّ صَــــــــلٌ علَےَ مُحمَّـــــــدْ و علَےَ آل مُحمَّـــــــدْ
كمـا صَـلٌيت علَےَ إِبْرَاهِيمَ و علَےَ آل إِبْرَاهِيمَ إِنَّك حَمِيدٌ
مَجِيدٌ اللهم بارك علَےَ مُحمَّـــدْ و علَےَ آل مُحمَّـــدْ كمـا
باركت علَےَ إِبْرَاهِيمَ و علَےَ آل إِبْرَاهِيمَ إِنَّك حَمِيدٌ مَجِيدٌ
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬
 

No comments:

Post a Comment