pon pon!!!


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday 18 December 2013

Kek Coklat Moist !

Hai guys ! ^^ Mcm mana cuti , ad benda faedah x yg korang buat ? Cewaaaahhh ! Korang ! Sejak bila jadi orng KL ... Hakhak ! Ermm.. sunyi jer rumh nie coz abah , ain n bian ke Putrajaya n Melaka . Abah pi sana ada urusan kerja ckit . Si kembar tu saja ikot .Hehe..  Dan skrang nie masih belom balik . Ntah lah bila nak balik . Anyway , GUESS WHAT ?! Nasirah jumpa apa ? Nasirah jumpa cara2 nak buat kek coklat moist kat satu blog nie! Senang sgt ! Selalu kan kita tgk org selalu citer2 pasai kek coklat . So , meh cnie , Nasirah terangkan cara2 buat kek nie .


Firstly , 11 bahan nie sgt diperlukan . Kalu xde , xjadiklah kek moist kita nie . Hakhak !

--> tepung gandum 
--> 1 cawan gula perang 
--> serbuk koko (brand Van Hauton ) 
--> susu pekat manis 
--> susu full cream (Dutch Lady ) 
--> soda bikarbonat 
--> baking powder 
--> minyak masak 
--> butter
--> 3 biji telur 
--> essence vanila 


Okay , skrang kita kelaskan bahan2 kepada tiga bahagian iaitu campuran A , campuran B dan campuran C 

campuran A --> 1 cawan gula perang
                    --> susu full cream (Dutch Lady ) 
                    --> setengah cawan pekat manis 
                    --> 1 cawan minyak masak 
                    --> 1 cawan serbuk koko 

campuran B --> 1 1/4 cawan tepung 
                   --> soda bikarbonat 
                   --> serbuk penaik 

campuran  C --> 3 biji telur 
                    --> essence vanila 

Okay , The first step is kita campurkan kesemua bahan yg ada dalam campuran A tdi dan masakkannya di atas api yg kecil . Then , kacau sampai sebati tau . Lepas tu , campurkan kesemua campuran B dalam satu bekas dan ayakkan untuk asingkan ketul2 tepung tu . Baru lah kek tu smooth jaa . Okay ? pastu letak tepi dulu campuran B nie . Kita ambek campuran C plak . Campuran C nie letakkan dalam satu bekas pastu pecahkan tiga biji telur tdi . Dan kacau sehingga sebati dgn essence vanila tdi . 

Okay , dah ! Skrang campuran A tdi dicampurkan dengan campuran C tadi . Kacau sampai betul2 sebati . Baeq2 , jgn bagi berselerak dapur tu . Hehe . Okay , kita teruskan ! Campuran A+C tdi dicampurkan ke dalam campuran B .  Ikut sukalah nak uat camna pon . Nak campuran B masuk dalam campuran A+C pon xpe. Gaul sampai sebati . Pastikan xdak ketulan2 tepung dlm tu tau . Lepas siap gaul , bleh lah kukus skrang . Kukus dalam 1 jam 20 minit . Tau x kukus tu camna ? Aaaa.. klu xtau , xtau lah nak cakp apa =='

Dah nma pon moist kan , mesti ad topping dy . Cara nak buat topping plak , apa bahn yg tertinggal tadi ?

--> 1 sudu butter 
--> 1 cawan serbuk koko ataupun satu bar coklat pon bleh (no prob ) ;)
--> setengah cawan susu pekat manis 

Nak buat apa ? masakkan kesemua bahan nie sampai nmpk 'best' . Then , salutkan atas kek yg kita kukus tadi . Kringgggggggg !! SIAP ! Seng kan ? Hidanglah mcm mana pon asalkan nmpk berselera ckit bila nk mkn . Nak bubuh strawberry kaa coklat chip , jngan bubuh tembikai sebiji sdh atas tu . Tak pasal2 habeh penyek kek tu . Kan dh nmpk xmcm kek dh .Try lah kt rmh . Cuti2 sekolah nie , xde uat paa . Try lah . Pastu bleh share kt facebook . Hehe .. 


Tuesday 17 December 2013

Biologi vs Kimia :]

Hai sume ! Nasirah ucapkan tahniah kepada kawan2 SBP yg baru abes temuduga UTP isitu Universiti Teknologi Petronas di mana sesiapa yg bercita2 sbgai Jurutera bleh masok ke sini . Ad lah jgk bidang lain , tapi sapa yg berminat bleh lah teruskan usha anda . Okay ? :) Nasirah xminx pon masa diorang bkk utk pengambilan bln January nnti . Masa tu diorang ikot results percubaan . Tadi saje Nasirah belek2 tenet pasai kerjaya . Sambil2 tu usha blog2 penulis yang dh berjaya antaranya ada satu blog nie dy tulis 'aku budak medik ' .

--> http://akudramin.blogspot.com/2010/12/kerjaya-sebagai-doktor-pelajar.html


Dy cakap doktor nie bknlah the end of our life . Maksud dy mcm nie ,bkn bidang doktor jaa yg perlu dikejar oleh seseorang untuk berjaya di masa depan . Bkn bidang doktor saja yang menjamin masa depan . Kata2 nie membuatkan Nasirah terpikir ' aku nak jadik doktor jaa kaa ? apa minat aku selain doktor?' Subjek kimia tiba2 timbul di minda Nasirah . Nasirah x bohong , Nasirah mmg minat Kimia . Mmg nnti dapat result SPM, rasa mcm Kimia lah yg akan lebih menonjol ckit . Bkn Nasirah xminat Biologi tpi kita cari minat kita yg lain . Fham x ? Then , Nasirah try search bidang apa yang sesuai dengn kimia . Ahah ! Nasirah dh jumpa ! Iaitu Kejuruteraan Kimia . Salah satu bidang yang sgt pentingkan subjek kimia . Kejuruteraan Kimia adalah sesuatu yang dirancang supaya sesuatu perkara yang susah bleh menjadi seng . Peluang kerjaya dy lebih kepada minyak2 kt laut tu .  Bila Nasirah terbaca berkenaan bidang nie , Nasirah terpikir . 'Mungkin aku boleh cuba bidang nie . ' tpi macm mna pon , kita tgk results kita camna nnti .Bkn Nasirah tamak , at least kita try . Okay ? Dan Nasirah akan letakkan bidang nie di pilihan kedua Nasirah masa isi borang UPU.  Kalu itu yg terbaek , Nasirah akn usahakan . Insyaallah , kalu kita ada usaha , adalah ganjaran nya . Insyaallah :) So , sapa2 yg berminat bidang nie , bleh tgk nie . Pada sapa2 kwan2 Nasirah yg tgh bekerja tu , keja lah elok2 .

--> http://ipai-ans.blogspot.com/2011/07/peluang-pekerjaan-dan-kerjaya-dalam.html


Dan kepada bidang doktor , bleh lah baca buku nie . Buku dari Prof. Dr. Muhaya yang merupakan dr pakar mata dan pakar motivasi yg selalu kita tgk kt tv tu . Nak tau x camna dy dpt inspirasi nak jadik dr mat a? Ini disebabkan ad seorang pesakitnya yang mengalami masalah mata . Dan beliau dpt inspirasi dari ctulah . sama lah mcm Nasirah . Kenapa nk jadik dr pakar kulit ? Sbb Nasirah bercita2 utk sembuhkan penyakit yg ad pada adek kembrnya yg sdh disahkan oleh dr yg penyakit diorang akn berlarutan sehingga ketua . Nasirah dpt inspirasi dari ctulah . Insyaallah :) " Ya Allah , engkau permudahkanlah urusanku . Amin ... " Dan kawan2 , kita teruskanlah amalan kita masa di Surau Al-Falah . Solat hajat , baca Yasin , Solat Dhuha .

 



Thursday 12 December 2013

Mesti amalkan diet seimbang !

Assalamualaikum :) Apa khabar , kawan2 ? hehe... dah dua minggu Nasirah dan kawan2 tinggalkan bumi tercinta kami ... bumi tercinta ? bumi tercinta SMKANT . Heh ! Dan selama itu jgk Nasirah masih xtau nak buat apa nak mengisi masa lapang yg terlalu lapang nie . Hihihi ! Insyaallah , nnti Nasirah akan try amek lesen kereta dalam masa terdekat nie . Tapi cuma xtau lagi bila . Doakan lah bgi cepat2 skit coz Nasirah dh bosan duk rumah . Bosan terok kot ! Kalu ade kenderaan yg bleh pi berjalan merata best jgk . Kerja ? Nanti lah kita pikiq lain . Kalu bleh Nasirah nak bergerak sendiri ke mana2 , xnak harapkan umi n abah lagi antarkan hehe. ! Skarang duk rumah uat apa ? Belajar masak , kemas rumh dan main puzzle seribu pieces . Yg tu pon mencabar minda gak .

Ahah ! Kita nak bincang pasal apa ari nie ? Kita bincang pasal diet seimbang yg bleh kita amalkan masa cuti sekolah nie . Bdk2 sekolah lah cuti sekolah tpi Nasirah ? Ntahlah nak gelar apa lepas abeh SPM . Haaaa... tau dh apa dia. Nasirah , pelajar lepasan SPM ! Okey arrr tu .. Hahaha... K2.. melalut plak . Okay , diet seimbang ? Nie soalan esei Bio Spm ari tu .. haha.. Nasirah , pliz ! serius lah ~ Okay , diet seimbang merupakan cara pemakanan yang seimbang yang mempunyai semua jenis zat yang diperlukan oleh badan . Tapi kan diet x seimbang ni pon masalah gak . Diet tak seimbang tidak memastikan pembekalan segala zat dan nutrien yang berguna kepada tubuh dalam kuantiti yang cukup dan betul . Dan boleh menyebabkan kegemukan atau lebih dikenali sebagai Obesiti . Obesiti boleh menyebabkan seseorang mendapat beberapa penyakit kronik seperti :

a) diabetes
b) darah tinggi
c) penyakit jantung
d) kegagalan sistem perkumuhan dan pernafasann
e) kanser



Dan Malaysia menduduki tempat keempat di Asia dalam permasalahan obesiti nie . Menurut kajian , kes ni menular di kalangan kanak-kanak yang hidup dalam negara yang membangun . Ye la kan , kalu kita tgk negara2 yang membangun mesti diorang akan hasilkan sesuatu yang menarik untuk menghasilkan keuntungan dan sesuatu yang bleh menarik perhatian orang ramai terutamanya dari segi makanan . Macam2 jenis pelbagai jenis bentuk makanan , warna dan juga iklan2 yang menarik di iklan . Benda2 nie mampu menarik perhatian orang ramai untuk membaeli terutamanya kanak2 yang sedang membesar .

Haaa.. Mai kita cakap pasal nak cegah masalah nie dan mengamalkan diet seimbang . Dalam mencegah obesiti , ibubapa memainkan peranan untuk menasihati anak2 untuk tidak mengambil makanan yang terlalu banyk kalori . Bgi kanak2 yg punya kadar metabolisme yang rendah , adalah penting bagi mereka untuk mengambil makanan yang ad punya kalori rendah . Kanak2 yang mengalami masalah obesiti perlu dinasihati selalu supaya mereka tidak makan terlalu banyak terutamanya kanak2 yang sedang membesar . Apabila kanak2 yang mempunyai kadar metabolisme yang rendah lalu mereka mengambil makanan yang mengandungi kandungan kalori yang banyak , automatik kadar penurunan berat badan akan rendah dan menyebabkan kegemukkan .


Macam mana plak nak amalkan diet seimbang ? Ada 7 cara pemakanan diet yang seimbang :
a) Kanak2 tidak seharusnya mengambil manisan dan gula2 sekiranya mereka berjaya menghabiskan makanan utama kerana ini mengajar mereka untuk mengutamakan gula2 dari makanan utama
b) Makanan keluarga mestilah mengikut sajian makanan yang sesuai mengikut piramid makanan
c) Pengambilan makanan yang betul .
d) Mengehadkan masa menonton televisyen dan menghadap komputer
e) Membuat catatan makanan
f) Makan di meja pada waktu yang tetap
g) Kunyah makanan dengan perlahan sedikit demi sedikit


Haaa.. dh tau dh serba sedikit tentang diet nie ? Cuti2 sekolah , bawak2 lah kontrol diri lek lok neh . Xsusah sebnarnya kalu kita always thinking positive . Insyaallah , semua yang berlaku adalah atas izin Allah . Okeh lah , nnati Nasirah posting lagi dan bincang tajuk lain . Salam
#Saya cinta ALLAH


Wednesday 11 December 2013

jelajah Selangor :]


Tut ! Tut ! Hai ! Hai ! Muncul lagi untuk kali kedua dalam masa cuti nie ... heh ! Kemon lah Nasirah ! Dh cuti dekat sebulan dh baru dua kali posting ?? ! haha.. berbaloi n org baru abeh exam .. Ahaks ! Nasirah baru balik dri Shah Alam semalm .. saja 'meregeh' sat nak pi sana memandangkan Melaka masih dalam perancangan dan abah pon makin hari makin sibuk  .. Kami ke I-City , Snow Walk , Red Carpet Meet The World Stars , House Of Horror ! Seharian berjalan maunya x kebas kaki tu .. x kira dalam Snow Walk lagi tu .. Mmg xleh nak kata paa dh .. Faris pon xthan degn sejuk tu ajak keluaq awal dari ctu .. Umi xmau masok so umi tgk 'wayang percuma ' arr kt luaq , criter Superman plak tu .. Ehh ! Superman kaa ?? Alaa.. criter yang baru tu .. Bila dh kami kuaq dari Snow Walk , riuh duk carik umi kat mana ! Hahaha .. !
Very Fun lah ! :]



    





















Sunday 8 December 2013

Form 5 2013 terbaek ~~ :D



Assalamualaikum ! Hai guys ! aisshh.. lama x coret2 kt cnie erk .. hihi.. xdelah .. ni haa , Nasirah dh abeh exam dh ... so , joli sakan lah kt umh.. joli , joli jgk tapi boring lah ~ asyik duk umah jaa.. apa nak buat ? ada idea x ? ermm .. masih dlm proses memikirkan aktiviti seterusnya .. hehe..

okay , guys ! sebelum kitorang sume berpisah buat kali terakhir , kami semua ... cewahhhh !! kami plak ... hehe.. kami adakan jamuan perpisahan walapon kami 'gadoh2' ckit ,  alhamdulillah .. semua berjalan dngn lancar .. kami makan NASI ARAB taman pekaka... huishh ! nikmat x terkata arr malam tu ... nasi arab punya pasal ,, sapa tolak ~ dan mlmtu lah kami semua nak sembang puas2 .. sampai x tido .. cakap jaa xtido sampai , tgk2 pkui 1 pgi senyap sunyi ... Nasirah pukui 1230 tgh mlm xthn dh .. tido terus sbb letih sgt kot ..hehe.. maklum umi nk amek brng ptg tu jgk dn pgi plak otk bekerja utk arab .. the last paper ... hehe.. apa pon Nasirah doakan ukhwah antara kami ttap terikat dgn kuat ,,dan insyaallah batch f5 2013 akan terus menyerlah dan berjaya di masa hadapan ! ! ! Segalanya bermula selepas SPM :D !










Dan kepada ahli dorm Safiyya , terima kasih sbb dh jadi adek2 dorm yang baik .. kami sume menerima adek2 dgn gembira walaupon ad marah2 .. kami kakak2 f5 mohon maaf kalu kalu ada silap salah kalu kami terkasar bahasa .. biasa lah manusia , tiada yang sempurna sayang :]





Friday 15 November 2013

hai..hai..hai..



Assalamualaikum ~ Hai ! Lamanya xpost kat sinie .. Bknnya apa xtau nak update ... lagipon dh lama xbalik rumah coz nak exam SPM nie .. sebenaqnya mmg Nasirah tgh exam SPM dh .. dh 4 subjek dah dlm tangan A+ .. aminn.. insyaallah x lma lgi dh sampay exam subjek2 killer yang bakal menetukan sama ada Nasirah layak x atau tidak untuk jadi seorang doktor.. Dan nasirah harap Nasirah sentiasa mendapat sokongan dari kawan2 , keluarga dan lain2 lagi .. Semenjak dua menjak ni Nasirah rasa ada suatu yang xkena yang melibatkan sahabat2 Nasirah sendiri tapi Nasirah apa maksud itu ? adakah sedang mengkhianati Nasirah atau sebaliknya ? Minx2 dijauhkan dari benda2 xelok .. amin..


Sebenaqnya Nasirah telah kehilangan suatu gadget yang sememangnya Nasirah sgt menghargai pemberian gadget itu kepada Nasirah daripada umi iaitu Fon Samsung Ace Plus Nasirah ... mmg lah bnda tu hanya dunia saja tpi Nasirah dh janji dgn diri Nasirah utk memilikinya tanpa sebarang penyelewengan .. Hanya ALLAH saja tahu betapa sedihnya Nasirah .. Nasirah takot Nasirah hilang kepercayaan org tuanya .. dh mcm2 usaha yang Nasirah dan kwan2 cuba lakukan tpi x berhasil .. skrang Nasirah hanya mampu berserah dn hanya menunggu sahaja supaya henfon itu 'dikembalikan ' .. Skrang masa Nasirah perlu tumpukan pada SPM dulu .. Penentu masa depan Nasirah ... Jadi , doakan kejayaan Nasirah dan kawan2 dlam SPM nie .. 11A+^^


 

 

Friday 16 August 2013

Raya Raya duaributigabelas^^



Assalamualaikum ! Pertama kali , Nasirah nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN :D !! Raya taon ni Nasirah xbrapa nak sambut coz memandangkan TRIAL SPM dahhh dekattt ! Rasa mcm baru smlm jaa criter pasai TRIAL PMR ~ Ahaks ! Sedar lah weh ! Dn nak SPM dh .. Duk perasan muda buat pa xtau . Damn! Padan muka kata kt diri sendiri XD . Mcm biasa , pagi2 pegi smyang raya . Masa smyang raya , ad makcik muda nie .. muda ? muda ke ?? ahahha.. ntah laa.. dy bwk anak dy tiga org ..sume kecik2 gi .. masa org tgh smyang , adek beradek tu punyalah bising sampaykn terganggu .. kakak dy baeq jaa ikot mak dy smyang skali .. Yg dua2 org tu duk hingaq sbb berabut duit raya .. adui ~ penat Nasirah tgk diorang .. pastu plak ad seorang nenek ni duk sblah Nasirah . Cian dy ~ Nasirah rasa kan dy sakit belakang kot noh .. xlah bkn apa , masa duduk antara dua sujud dy bongkok jgk .. bongkok teruk .. bleh bygkan x ? kita kan bdn tegak masa duduk antara dua sujud , tapi nenek tu bongkok 90 darjah ... Hah ! sambung balik dua beradik tdi .. diorang dapt tabung surau tuu .. lagi digoncang lagi kuat bunyi masa khutbah raya .. tpi xpa gak coz Nasirah terlena sat masa tuu .. sat jaaaaa.. xlma okay ? ..


Dan setiap masa terluang Nasirah akn isikan dgn uat revision dan betoi erk Nasirah cuma raya 4 hari jaaa.. lama x ? ..agak arr.. haha.. what everlah , janji raya sdhh... mcm2 tajuk lgi nak kene ulangkaji .. dhlh Nasirah ni ad sifat malas yg mmg malas org ckp .. hehe.. mmg kene paksa diri sungguh2 .. kalu dh terlena tu xleh nak uat pa dah lah ..hehehe.. bkn apa .. Nasirah takot nyesal sbb buang masa yg mmg sgt bnyk ... sampai skrang pon omwork pon uat gi ... takot tension lah ~ xpa2 .. Senyuman mngatasi segalanya ^.<

Hari ni pergi beraya di rmh Mek ni n Cik Nab ^^ Sebenarnya Nasirah nk gi umh Cik Nab awai lgi , tapi nak uat camna kn , Allah dh mngatur rancangan yg baik untuk kita .. dh alang2 siap2 pakai bju raya pi Cik Nab , baeq gi terus open house Mek Nie .. betoi x ? Masa nak sampay nk umh Mek Ni , Ya Rabbi , xtau nak kata paa .. mcm2 jalan masok ... sampai Nasirah pon xtau lah ad kat mna masa tu .. GPS pon jadik pening sbb mula2 set Jaln Junjong , tpi disbbkn nak jemput Tasyie di simpang tmpat , dh masok jaln lain ... Dh jadik luaq dri jalan yg 'dimerahkan' .. xpa lah , last2 sampay lah jgk .. kat sana ada UMMUL , PIQAH S , AZRA , PIQAH YOS , TASYIE , CIK NAB , IMAN , IZNIE dan SYAFINAS ....sampai sana kitaorang makn , gelak2 , tgk tv tiba2 Syafinas ajk gi sg dkt umh mek ni tu laa.. Sungai dy x dlm sbb air kering so boleh lah kitorang turun main air .. Ahh ! Sume pakat angkat kain lah ... hak3.. Posing2 apa kt sana , main air .. kalu nk jln spanjang sungai , tpi stgi sampi Bukit Mertajam kan ssah .. haha.. dlm perjlnan nk blik ke umh Iznie pon posing lgi .. adui~ mcm2 ~~ haha.. tpi apa pon mmg best dpt pegi sana .. Terima kasih kepada bonda ku yg melyan kerenah ku hari ni walaupon umi ada bnyk lagi keja nak kena buat .. Terima kasih umi ^^ Dan Alhamdullilah , dgn izin Allah , Nasirah dpt bersama rakan2nya yg comel tu beraya sama2 ^^